Pada peringkat umur ini, ramai rakan-rakan/remaja yang sudah mempunyai pasangan. Tetapi aku? Tiada. Mengapa? Ada yang mengatakan bahawa aku tidak layak. Mulanya aku mengaku, ya aku sedih. Tetapi sekarang, tidak. Aku rasa, ianya kerana Allah sayang aku. Dia tidak mahu aku, hambaNya terjebak dalam sarang maksiat. Kerana dia tahu aku lemah. Aku mudah terpedaya. Hanya dengan kata-kata aku akan hanyut. Aku tidak kuat seperti mereka. Mungkin disebabkan itu Allah membutakan hati aku untuk bercinta buat sementara ini. Kerana dulu, aku pernah membuat kesilapan yang besar. Besar. Ya, aku lalai. Tidak berfikir panjang. Sekarang, dengan kesilapan itu, aku belajar untuk memperbaiki diri. Aku perlu belajar untuk mencintai diri sendiri dahulu. Dan sekarang aku mula menyedari, ada hikmah disebalik semua yang terjadi. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambNya. Jadi untuk kau-kau dan kau yang sedih kerana tidak mempunyai pasangan, jangan, jangan bersedih. Mungkin belum tiba masanya. Oscar Wilde pernah mengatakan bahawa "jatuh cinta kepada diri sendiri adalah catu percintaan yang akan kekal sepanjang hayat".
Untuk kau yang sedang bercinta itu. Bukan bermaksud Allah tidak sayang akan kau. Bukan bermaksud dia tidak memberi perhatian terhadap kau. Cuma, Allah ingin menguji kau. Dia inign menguji sekuat mana iman mu. Seperti aku dulu, Allah pernah menguji aku tetapi aku gagal. Ya aku gagal. Aku gagal kerana terlalu alpa akan dunia sehingga melupakan Dia. Aku berdosa. Aku manusia yang tidak pernah terlepas daripada membuat dosa. Aku tidak cukup kuat. Sehingga kini Allah masih menguji aku. Ingat, Allah memberi kita ujian untuk membuat kita lebih kuat dan supaya kita lebih mendekatkan diri kita kepadaNya.
"Ya Allah, semoga kini dan selamanya Engkau akan sentiasa melindungi setiap hambaMu daripada melakukan maksiat serta tabahkan hati kami dalam menempuh setiap dugaanMu Amin"