Malam ni membosankan. Malam ni tak hensem langsung. Tak sehensem... Ah ! Setiap malam aku rasa tak hensem. Setiap malam aku kebosanan. Kebosanan akan sentiasa memburu aku pada setiap malam. Bukan malam je. Cuti sekolah ni, pagi petang siang malam aku dilanda kebosanan. Mr.Bosan suka buat aku bosan. Hobi dia lah agaknya. Internet aku dah lah lembab. Macam siput babi. Nak loading pun malu malu. Dah serupa pondan. Teenagers lain, cuti sekolah je boleh hangout, ada yg hari hari. Mak apak mereka izinkan. Aku? Dah macam orang hidup tanpa arah tujuan. Makan tidur makan tidur je kerja. Takpe, aku bahagia. Hahahaha. Hm, cepat lah buka sekolah, aku tak sabar nak menghadap muka cikgu cikgu, tak sabar nak menghadap buku dan paling penting, aku tak sabar nak jadi calon PMR ni *tangan di bahu mata ke atas* Ok semua itu hanyalah pembohongan. Dusta sahaja. Aku saja nak sembang gempak, bagi nampak macam aku ni artis. Sebenarnya, terus terang, jujur ikhlas dari hati aku.. Aku nak buat pengakuan dekat sini. Anda anda yang membaca blog ini sudi sudi kan lah diri untuk menjadi saksi ye. Ehem, Bismillahirahmanirrahim... Seperti yang yuolls tahu, cuti sekolah dah nak habis, sekolah dah nak mula. Aku tahu ramai yg eksaited nak pergi sekolah. Dengan alasan, "tak sabar nak jumpa kawan kawan yg dirindui", "tak sabar nak makan ayam kantin yg delisyes itu", "tak sabar nak cium mangkuk jamban sekolah", "tak sabar nak ngorat adik adik kakak kakak abang abang yg jaga koperasi tu", tak sabar nak tengok muka sendiri dekat cermin tandas sekolah. Oh rindunya semua itu" dan macam macam lagi. Tapi aku? Aku tak eksaited langsung nak pergi sekolah. Aku takde semangat langsung nak jadi murid sekolah menengah untuk tahun yg ke 3 ni. Yang terakhir, aku tak rindu langsung zaman persekolahan aku. <-- Aku saja bajet mcm aku dah habis sekolah.
Nampak tak? Pelik kan? Aku pun tak faham apa yg aku nak. Cuti sekolah, membosankan. Pergi sekolah, takde apa yg menarik. Sekarang ni macam mana? Hati aku kata "post kali ni macam tahi, merepek je lebih. jari bantai taip je apa yg ada dalam otak, sebab sebenarnya mata dah mengantuk, baik kau rehatkan dia sekarang!" Memandangkan hati aku pun dah membebel, aku sebagai tuan kepada hati ni, sekali sekala kenalah juga dengar cakap dia. Nanti merajuk pula si hati ni. Bukan senang nak pujuk dia. Sekian.